Friday, July 1, 2011

Permulaan BerBlogging

Hari ini saya baru bermula untuk menulis blog. Mungkin kerana saya kurang pandai untuk menulis, tetapi bukan juga bermakna saya tidak suka membaca. ;) Saya sangat minat membaca. Tidak kira apa jenis bahan bacaan. Paling menarik minat saya adalah bahan bacaan yang berbentuk motivasi. 

Setiap hari kita menempuh berbagai-bagai halangan dan dugaan hidup. Ada yang berjaya dan ada yang gagal untuk kita harunginya. Apabila berjaya, kita gembira dan bila gagal pula sedih menyelubungi kita. Saya juga tidak terlepas dari cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini. Bagi saya, setiap kejayaan dan kegagalan pasti ada hikmah di kemudian hari. Janganlah kita terus mengaku kalah apabila diduga dengan kegagalan, dan janganlah pula kita alpa bila kita diduga dengan kejayaan. Perlu kita ingat bahawa setiap kejayaan dan kegagalan adalah dugaan dari Allah S.W.T terhadap kita. Dari sinopsis saya, bahan bacaan berbentuk motivasi akan mengajar kita lebih berfikiran terbuka dan sentiasa berfikiran positif. Pembacaan buku-buku motivasi sangat penting dalam kehidupan seharian bagi menaikkan semangat kita yang pasang surut bak air di lautan.

Banyak sangat melalut, dah macam pakar motivasi la pulak. ;) 

Hari ini saya telah membantu seorang sahabat saya yang berminat untuk memulakan perniagaan di internet. Saya bertanya pada beliau kenapa hendak menceburi perniagaan internet? Jawapan beliau mudah, tiap-tiap hari online duit keluar ( online di cyber cafe ) nak jugak online masuk duit. ;) Sebenarnya apa yang dilakukan oleh sahabat saya ini adalah satu tindakan yang bijak dari seorang budak lepasan SPM. Setelah mengambil masa lebih kurang 3 jam memberi tunjuk ajar dan nasihat, akhirnya beliau memilih untuk membuka kedai Baju & Pakaian. Anda boleh melawat kedai beliau di sini Http://bajupakaian.lot.my . Saya doakan beliau berjaya dalam dunia perniagaan di alaf baru ini. 

Oklah saudara/i sekalian, hari pon dah awal pagi. mengantuk rasanya bila dah kenyang makan durian malam tadi. InsyaAllah dilain hari saya akan menulis lagi untuk tatapan anda semua.

Terima kasih kerana sudi melawat blos saya ini. ;)

1 comments:

hafififi said...

trima kasih 1akuyan.blogsport.com diatas tunjuk ajar beliau dan memberi maklumat kepada saya dalam memulakankan peniagan secara online. degan ini saya dapat memulakankan peniagan secara kecil-kecilan degan menjual baju kurung, baju kebaya dan lain-lain lagi. untuk mengetahui lebih lanjut sila layari Http://bajupakaian.lot.my

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates