Monday, July 4, 2011

TEKNOLOGI, PELUANG DAN SIFAT DIRI



Ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan internet serta memperluaskan perniagaan dengan medium ini dan ramai juga yang masih sangsi dengannya. Tidak dapat dinafikan kerana inilah lumrah dunia. Setiap yang baik ada buruknya. Sama jugalah dengan teknologi baru ini.

Jika dahulu kaum Cina di bawa ke sini untuk menjadi buruh. Selepas menjadi buruh di Tanah Melayu di masa itu, kebanyakan kaum Cina terus memulakan perniagaan kecil-kecilan manakala kaum Melayu masih mengamalkan cara kehidupan seperti bercucuk tanam dan peliharaan binatang ternakan. Hasil tanaman dan peliharaan akan dijual kepada tokey-tokey Cina untuk dijual di pasar. Secara tidak langsung, kaum Cina telah mengambil peluang memulakan langkah untuk menjana ekonomi mereka. Jadi jika hari ini kita mengeluh untuk bersaing dengan kaum Cina dalam perniagaan janganlah kita salahkan mereka. Kita juga yg mencorakkan nasib kita sekarang.

Daripada negara berasaskan pertanian, negara telah mengalami satu proses Revolusi industri dimana daripada negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan industri. Semasa proses awal revolusi ini berlaku, rata-rata peniaga Cina yang ramai mengambil peluang ini. Selain dari syarikat-syarikat besar yang datang untuk bertapak di negara kita, kilang-kilang kecil ( iks ) juga tumbuh seperti cendawan. Kebanakannya dimonopoli oleh kaum Cina juga. Malahan sehingga sekarang 90% daripada perusahaan IKS HALAL Malaysia dimonopoli oleh kaum Cina. Sikat cepat merebut peluang oleh kaum Cina sangatlah kita patut contohi. Jadi perlukah kita menyalahkan kerajaan atau marahkan kaum Cina di malaysia ini atas apa yang mereka kecapi???

Sedar atau tidak seluruh dunia sedang mengalami REVOLUSI TERBESaR sejak revolusi industri dulu. Revolusi ini dinamakan TRANFORMASI MEDIA. Mahu tidak mahu kita sedang mengalami revolusi ini. Ya!! Revolusi ini sudahpun bermula. Revolusi ini telah memberi impak besar kepada dunia.

Barak Obama memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan memanfaatkan sepenuhnya medium baru ini. Rujuk buku tulisan Rahaf Harfoush berjudul YES WE DID.
In Yes We Did, new media strategist and campaign headquarters volunteer Rahaf Harfoush gives us a behind the-scenes look at the campaign’s use of technology, from its earliest days through election night. She reveals strategic insights organizations can apply to their own brands. Discover how unwavering strategic vision and collaborative technologies–email, blogs, social networks, Twitter, and SMS messaging–empowered a formidable online community to help elect the world’s first “digital” President.
Selain itu, Negara kita juga tidak terlepas dari tsunami revolusi ini dimana kerajaan Barisan Nasional tewas 5 buah negeri dan tidak mendapat 2/3 majoriti kerusi parliman. Pembangkang lebih awal memanfaatkan teknologi media baru di Malaysia sehingga member impak besar dalam pilihanraya umum ke 12 lepas. Tidak dapat dinafikan teknologi-teknologi ini dibawa masuk ke Malaysia di era Tun Mahathir Mohamad lagi. Tetapi sifat dan perangai orang-orang Melayu masih seperti lama walaupun mereka sendiri yang mencipta peluang tersebut. Yang mengecewakan pula sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin yang masih mengamal cara pemikiran era British walau kita telah berada di alaf baru ini. Dah terantuk baru nak terngadah.

Kejatuhan kerajaan Mesir pimpinan Husni Mubarak juga tidak terlepas dari impak media baru ini, dimana rangkaian social seperti Facebook dan Tweeter yang menjadi medan mempengaruhi kebangkitan rakyat Mesir untuk mengadakan demonstarsi bagi menjatuhkan Husni Mubarak. Akhirnya Mesir sekarang mengalami kerugian besar dari berbagai segi terutamanaya kepada ekonomi negara tersebut. Ini telah membuka ruang campurtangan asing dalam menentukan pembentukan pimpinan baru kerjaan kelak.

Revolusi Media Baru ini sangat berpengaruh sehingga dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan yang kuat. Yang berjaya menangani dan mengimbangkan pengaruh revolusi ini hanya mereka yang sedar akan kepentingan media baru ini dan memanfaatkan penggunaan teknologi ini sepenuhnya.

Jika kita tidak mengambil peluang hasil dari revolusi ini, nescaya kita juga akan jauuuuhhh ketinggalan dari mereka-mereka yang telah mengorak langkah dengan memanfaatkan teknologi ini. Tepuk dada Tanyalah diri anda. Adakah anda telah bersedia? Atau anda sudah/masih selesa seperti dahulu kala?

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates